Tuesday 25 February 2014

(Gambar) Pengalaman Ke Melaka Wonderland Kali Pertama

Update (24 November 2010) – Post ini menceritakan pengalaman penulis & mengandungi gambar. Untuk informasi mengenai harga tiket, waktu operasi & peta lokasi Melaka Wonderland boleh rujuk post ini : Melaka Wonderland Theme Park
Haritu aku dengan sepupu aku & nenek aku pergi Melaka Wonderland ni. Duduk rumah pun takde buat apa, jadi kitaorang pun decide untuk pergi sini. Pukul 9 pagi semua dah siap bangun mandi semua, pukul 11 malam yang malam sebelumnya semua dah tidur padahal standard selalu pukul 3 pagi baru nak tidur. Jangan harap la kalau hari lain waktu cuti semester ni makhluk-makhluk tu semua nak bangun awal (eh including me hehehe). Bangun awal mungkin, mandi awal tak sangat kot. Hohoho
Berdasarkan pengalaman aku yang dah pergi Melaka Wonderland Theme Park ni, aku rasa boleh tahan la tempat ni. Nak kata besar tu tak besar sangat la. Macam A’Famosa Waterworld kira besar dah tu. Melaka Wonderland ni aku boleh cakap besar dia lebih kurang macam Desa Waterpark kot? Hahaha. Tapi setakat saje nak pergi jalan Melaka, okla tempat ni takde la teruk sangat pun, cuma tak besar sangat je
Overall, aku bagi 3 out of 5 stars kepada Melaka Wonderland ni. Sederhana je sebab aku rasa tempat ni kecil & tak banyak sangat game. Tapi waktu aku datang tu, ada lagi water slides yang tak boleh main. Ada yang tengah repair & ada yang tak buka lagi. Aku datang hari biasa, pagi, jadi tak ramai sangat orang waktu tu. Mungkin sekarang tengah cuti sekolah ni ramai la kot walaupun hari biasa
Korang enjoy dulu tengok gambar-gambar yang sempat aku snap ni eh. Aku pakai kamera biasa je, so maybe ada gambar yang kinda lame. Hahaha. So, just bear with it, ok? :P
Hurm. Okay, dah tengok gambar? Sekarang nak list out apa yang best & tak best dengan Melaka Wonderland ni. Hehehe
Yang Best
  • Hampir semua tempat ada abang penyelamat
  • Ada banyak aktiviti or tarikan. Contohnya seperti ada clown, magic show macam David Blaine, bergambar dengan maskot, ada poco-poco, ada DJ yang pasang lagu sambil kita mandi
  • Tempat senang, dekat Ayer Keroh je, tak perlu tempuh bandar
  • Design setiap bangunan dia cantik
Yang Tak Best
  • Takleh pakai seluar ada zip
  • Makanan dekat kafe mahal gila! Nasi lemak je dah RM10. Huhuhu
  • Banyak sangat jalan tar, kaki terbakar jalan from one slide to another
  • Lazy rizer dia kecik sangat-sangat
  • Parking macam tak banyak sangat kot?
Yeah. Kenapa aku remind pasal seluar ada zip? Sebab waktu aku pergi haritu, tetiba kitaorang takleh nak naik slide sebab ketua penyelamat dia tak kasi. Motif? Takut seluar tersangkut dekat slide kot. Tapi sempat la kitaorang main 3-4 slide juga sebelum dia perasan. Hahaha. Jadi, if korang nak pergi jangan pakai track suit la. Pakai la tight ke apa ke, seluar yang takde zip la. Baju takde problem, tshirt pun boleh
Masa aku pergi haritu, siap ada couple pak arab MMU ni datang dengan awek dorang. Awek dorang pakai baju hitam tutup litup, okay je boleh je dorang mandi dengan baju jubah tu. Hahaha. Semua orang tengok dorang waktu tu, pelik kot. Cuma dorang takleh nak main slide la, setakat mandi dekat ombak tu je. Lepas mandi tu, dorang tinggal nampak mata je macam dalam gambarni. Hehe
Baiklah, itu saja laporan penuh daripada aku. Rasa macam serabut pula, sebab bila banyak benda nak ditulis, jadi tak tahu nak tulis apa pula dah. Haha. Pesanan daripada aku ialah, nak pergi boleh la kalau saje nak tengok macam mana, tapi jangan letak expectation yang high gila-gila la. Kalau suka, boleh pergi lagi lain kali dan sebaliknya kalau tak suka, lain kali takyah pergi lagi. Senang kan? As for me, I’m planning to go with Encik F pula next time & also dengan kawan-kawan
P/S : Baik pergi Melaka Wonderland, daripada takut nak pergi laut. Nanti kaki kena gigit buaya, siapa nak jawab? Kurang pula harga hantaran aku nanti. Hahaha
@http://www.chokilala.com/

No comments:

Post a Comment